Gambar sekadar hiasan sahaja.

Satu keluarga betul-betul makan depan meja saya. Anak tiga orang, dua lelaki satu perempuan. Persis keluarga saya. Ralit saya memerhatikan mereka. Yang saya ralit ialah bagaimana ayahnya langsung tidak pegang handphone dan gajet ketika mereka bersarapan.

Ayah melayan semua kehendak anaknya. Anak bercerita si ayah mendengar. Si anak minta cubitkan roti canai, si ayah buatkan, sia anak merengek minta suap, si ayah suapkan. Isteri sebelah pula makan dengan tenang sekali tanpa gangguan. Senyum melihat suaminya yang sedang melayan anak-anak.

Ini dipanggil ambil alih. Anak-anak sebenarnya tahu kasih sayang siapa yang kurang dalam diri mereka. Setiap hari bersama ibu, mereka dahagakan kasih sayang dari ayah pula. Selagi tak berikan, selagi itulah mereka menuntut. Dosa wei kalau mak ayah tak bagi.

Tapi ada juga yang buat derk sahaja. Order makanan, hadap telephone. Mak, ayah, anak serupa sahaja. Sambil kunyah roti canai sambil tengok YouTube, semuanya diam macam tunggul. Jangan pelik nanti mereka memang lebih percaya Youtube dari mak ayah sendiri.

Hubungan ibu bapa dengan anak-anak dengan ibu bapa ni macam getah gelang. Kalau masa kita out station atau kerja luar, anak-anak masih bertanya pasal kita tandanya masih ada regangan pada getah tu. Tapi bila mereka dah tak bertanya lagi, itu tanda getah dah hilang spring dia. Anak-anak dah tak mahu dengar dah apa parent dia cakap.

Jemput join grup FB I Am Parent untuk dapat lebih banyak video dan tips parenting. Hanya ibu bapa yang ada komitmen sahaja sanggup join grup ni.

Advertisements